Friday, September 24, 2010

Gila pink?Oh tidak tidak tidak!

Abaikan gambar.Tak ade kaitan dengan post.Hohoo..Oh mungkin ada? :P

Aku nak tanye sikit boleh?

Waktu korang first masuk blog aku,dah tengok tengok semua tu,korang rase aku suke pink?Sebab background pink,highlight pink,kotak komen pink,ape ape la pink(?)

Meh aku bagitau

Tanggapan tu SALAH.Sangat sangat SALAH

Hohoho..Terkejut sangat semalam bile ade budak cinonet mane ntah cakap kat aku

"Kakak suke pink ea?Blog akak sume pink"

Tolong lah.Aku adalah pantang dengar,bace,tengok ayat macam tu.*umaihhh..Macam marah je bunyinye? ;D Tak ade lah..Tak marah pon.Macam kelakar je.Tak mungkin seumur hidup aku,aku suke PINK.Ye kawan kawan? :D Aku tak de lah benci pink.Cume tak addicted je.
Aku tak de lah suke sampai macam ni :P

"Jadi kenapa taruk blog warna pink?"

 Ohohoho..Aku pon tak tau la.Aku sendiri tak tau kaler feveret aku.Main amik je yang mane lawa.. :P Ahh..Ape ape je laa..

Oh yeah,untuk lawatan tahun 6,aku pergi ketiga-tiganya sekali.Hoho..Tamakkan? xP Ala..RM290 jee..*cesss..Bunyi macam orang kaya.Anda dialu-alukan untuk lempang saye Tapi berbaloi-baloi tau kawan kawan. :P Ini senarai lawatan

#Lawatan ke Terengganu - 8 Oktober 2010
3 hari 2 malam tau..RM180.Ok ape kan?Cikgu dah baik sangat la kasi diskaun untuk anak murid 'kesayangan' mereka :P Hoho..Ini lawatan yang aku paling tak sabar.Duduk dekat resort ade swimming pool tau.. ;D Satu bilik empat orang.Cikgu bawak 120 murid.Tak campur cikgu lagi.Kira la berapa bilik. :D Tapi kan,banyak sekolah buat lawatan pergi Terengganu tahun ni.Apesal a?Musim ke? :P

#Kilang-Kilang dan TUDM(kot) - Tarikh tak ingat
Kilang coklat,kilang Yakult,kilang beras dan TUDM.Banyakkan?Macam mane tak berbaloi-baloi xD Kilang coklat Beryl's tauu..Tengok la kauu..Aku borong habis habisan coklat Tiramisu yang menjadi pilihan :P Kilang Yakult tu agak-agak jumpe mendiang Minoru Shirota?*mengarut :P Oh yea,ini RM60.

#Wet World,Shah Alam - Tarikh misteri(tak ingat)
RM50.Ini paling dapat sambutan.Bak kata teacher Khong,'like hot cakes' :P Main air.Sape yang tak nak,kan?Aku dah lame tak lompat dalam air sejak berhenti kelas swimming tahun lepas.Hohoho..

See..Berbaloi-baloi kan..Saye adalah tak sabar.Tapi untuk pastikan kitorang dapat pergi,kitorang kena jaga disiplin.Kalau tak,cikgu batalkan semua aktiviti then masuk kelas belajar macam biasa.Tidak tidak tidak!

Topik Lain Topik Lain Topik Lain

Haritu besday adik aku,Ika.Besday die 21 September.Tepat tepat waktu aku UPSR.Hoho..So die tak dapat sambut sangat.Padan muke kau. xD Tapi die mintak hadiah,Oven.Ape kejadah la budak tu.So ayah aku beli la.Tapi tau oven ape?Oven bukan sebarang oven..Wakaka xD
Amik kau..Oven same besar dengan almari.Ade ade je ayah aku ni.Mane muat mau masuk oven ni dekat dapur.Akibatnye terpaksa pulang balik dekat apek kedai tu.Hahaha..Sakit perut aku gelak tengok oven ni.Baba,you are the best dad xD

Ok~Saya tak mahu merapu lagi.Babai~!!

* UPDATE AWARD TYRA 25/9/2010 *

Dunia Tyra

Syarat-syarat penyertaan..

1. Wajib menjadi follower Dunia Tyra
2. Mestilah blog yang wonderful!
3. Jawab soalan yang berikut...

#Siapa orang yang anda sayang?(maksimum 2 orang)
-mak
-ayah

#Adakah anda rasa blog anda cantik?
-tak tak tak.Biasa je.Jeles sangat tengok blog Raracandyfloss ;D

#Nyatakan tiga ciri ciri blog yang terbaik bagi anda
-blog perlu kemas(jawapan nak macam ni ke? :P)
-blog perlu mempunyai post yang best dan tak menyinggung perasaan orang lain
-blog perlu lain daripada yang lain(hah? :P)

#Tag 5 blog yang anda rasa sangat cantik menarik memang dabom
-ish tak tau la..banyak sangat blog yang cantik.Amik je la sesiapa yang rasa blog die cantik :D

Tyra!Thanks sangat sangat sebab selalu bagi award :D


0 onigiri: