Saturday, November 6, 2010

I'm An E.L.F and You Know That

Hahaha..Jangan marah.Ever Lasting Friend yang hebat mesti lah raikannye kan? :P Apakah?Raikan ape?*suprise taik kucing kau :P Hari ni bersamaan 6th November 2010 adelah 5th Anniversary Super Junior ;D A very meaningful day for worldwide ELF <3

Siyes,payah betol skarang ni nak jumpa gambar yang 13+2 orang.Paling ramai pon 12.Kibum selalu tak de.Ciss -,-'

 

Super Junior mengajar aku erti sebenar persahabatan.Sentiasa menghulurkan bahu mereka kepada ahli yang memerlukan.Sentiasa menunjukkan yang mereka ambil berat antara satu sama lain.Sentiasa mengalirkan kasih sayang dengan pelukan yang erat antara satu sama lain.


Super Junior mengajar aku erti sebenar kehidupan.Akan jatuh beribu kali namun harus bangkit semula.Semangat mereka sentiasa membara walaupun menerima pelbagai cacian dan tohmahan. Sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran.Sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tanpa melarikan diri daripadanya.

Super Junior mengajar aku untuk percayakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.Jangan percaya sesuatu hangat hangat taik ayam je.Sesetengah orang mengatakan diorang percaya,tapi backstab.Itu orang bodoh.Tak ada otak.


Super Junior mengajar aku untuk menjadi seorang insan yang bertanggungjawab.Mempertahankan insan yang lemah.Menyayangi kanak-kanak.Melindungi mereka dengan penuh kasih sayang.Menjadikan aku lebih matang dalam menjalankan tanggungjawab sendiri.


Super Junior mengajar aku untuk sentiasa mejadi seorang yang happy-go-lucky.Serius apabila perlu.Sentiasa senyum walaupun menghadapi masalah.Sentiasa membuatkan orang senang berada di sisi mereka.Meluangkan zaman remaja mereka dengan penuh kegembiraan sebelum memikul tanggungjawab yang besar.


Super Junior mengajar aku untuk berfikiran lebih kreatif dalam melakukan sesuatu perkara.Melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain.Tidak berasa malu untuk mengeluarkan idea atau cadangan yang unik.Berfikir di luar kotak minda kita.


That's the reason why i choose to become an Ever Lasting Friends not an Ever Lasting Fan ;) Super Junior Daebak!Forever and E.L.F!

Ok sepatutnya post ni publish semalam.Tapi semalam saye busy la. :P Jadi publish harini pulak.Kira aci la tu kan? :D

Tuesday, November 2, 2010

Hello Panda

Ohoho~Korang penah makan biskut Hello Panda? ;D Aku suke sangat!

Ha ni die.Macam ni la bungkusan die.Pernah makan?Atau ternampak?Selalunye mendalah ni ade kat 7Eleven. Ko percaya tak kalau aku kate yang coklat ni sangat laris? ;D Siyes wei.Semalam aku gi 7E nak beli biskut ni.Tapi dah habis.Die kate sampai hari ni.So aku pegi la.Tu pon nasib baik ade 4 kotak lagi*satu lagi dah kena baham dek aku n oya :P Cepat gile habis,kan?

Die ade perisa Coklat,Strawberi and Vanilla.Kalau kat tempat aku RM3.20.Try laa :P *kalo adik aku baca post ni mesti die gelak guling guling

Aku suke yang strawberi. :D *muke berminyak

So korang beli laa..Siyes best.Dalam die ade inti :P Aku makan siap tutup tutup mata.Menghayati rasanya tauu :P

Rancang nak outing dengan kawan kawan dekat One Utama.Tapi masalahnye..Sape orang dewasa yang nak teman? :P Kami ni dah la badan kecik.Nak harap ke Taekwondo tak de jadi apenyee

Friday, October 29, 2010

Saya Hepi Dapat ke Terengganu ;)

Siyes,habuk dekat blog dah 2 inci.Tipu je anis ni kate nak update pasal lawatan awal awal.Tanam tebu di tepi bibir btol*apakaahh? Meh beramai-ramai baling cheese tart dekat Anis -,-

Lama kah aku tak update?*soalan yang mintak pelempang :P Siyes bukan salah aku.Salah card reader sebab menghilangkan diri.Gambar semua dalam kamera.Macam mane nak pindahkan masuk komputer kalau tak gune card rider reader.Eh -,-' Salah sendiri jugakkan sebab tak jaga card reader elok elok*memang nak kena baling cheese tart :P Tapi baru tadi aku tahu yang kamera platypus Olympus ni ade USB.Hohoho :P

Ok meh kite layan PENGEMBARAAN aku :P

P/S: Cerita basi nii..Lawatan 8 Oktober.Sekarang baru nak cerita?What thee :P

Bas bertolak pukul 9.30p.m(kot :P) Riuh oh bas waktu nak bertolak.Ofkos la kan..Masing masing excited.Tapi aku tak.Aku duduk and pandang tepi tingkap*ceeehh.Aku bukan jenis yang suke riuh and habiskan bateri kamera dalam bas*gambar ni cilok dari FB farah.Aku takde gambar waktu bertolak.Sayang bateri kamera punye pasal :P

Gambar ntah hape hapee..Inilah kamera murah.Nak beli DSLR tak mampu..Huhu :P Boleh teka ni gambar ape?Tak boleh?Ni masjid laa :P Wakaka.Kitorang sampai Terengganu lebih kurang kul 5.15a.m. Awal 15 minit dari jangkaan ;D Berhenti kat masjid ni untuk solat.Aku cuti.So tukar tukar baju je..Haraam ko nak mandi.Malas oo.Aku dengan Mai 'cuti'.Tapi kaki menggatal masuk masjid.Bukan sengaja.Ingatkan tandas kat atas.Terus terlupa yang takleh masuk masjid.Hohoho :P

Lepas tukar baju ape sume tu dekat masjid,bertolak pergi Seri Indah Resort untuk sarapan..Tak boleh check in lagi time tu.Check in pukul 2 baru boleh.Resort ni ade swimming pool.Daebak aa :D
Waktu sarapan.Apehal muke aku tu.Tak boleh blah btol.Ape yang aku tengah buat time tu a. :P

Kami yang sederhana*ape punye ayat skema ni :P

Lepas makan,pergi muzium pulak.Muzium TERBESAR di Malaysia ni~Aku sampai sampai tros kagum sekejap.Macam, 'how the hek boleh besar macam nii' Sape yang kate biase biase je memang tak tau beza saiz :P Ko tengok a pintu masuk die besar mana ;)

Ah ko tau tak kat muzium tu aku and Mai sesat?Ya ampun punye la besaarrr..Tak nampak sorang pon budak SKBRP.Gelabah gile weei..Kot kot bas dah tinggal ke.. :P Carik carik rupenye dorang kat depan muzium.Bukan kat depan..Ape ek,camne nak cakap.Die dalam kawasan muzium tu lagi,tapi jauh sikit dari muzium besar tu*ayat belit belit :P Siyes macam nak nangis.Ape ke sampai hati dorang tinggalkan aku dengan Mai.Ceh..padahal salah sendiri.Mai,kite memang sehati sejiwa.Sesat pon bersama-sama kan? ;)

I like the pemandangan..Hohoho :P Eh saye pakai spek?Takde kojo kot.Hahaha..Aku memang rabun la.Saje pakai spek untuk tengok pemandangan sejelas-jelasnye :P*macam gambar photoshop je aku tengok.Kamera murahh

Gambar 100% blur :P

Dorang tengah binasakan bina kapal untuk buat pameran.Kami selambe je masuk situ.Wakaka :P

 Ayuni adelah 'mama' kepada Icha<==anak cikgu Zana merangkap adik Aiman mase dekat Terengganu.Siyes,Icha nak dekat Yuni je.Die sikit punye tak layan aku.Huhu :P *teringat plak tahun lepas.Pandang sorang baby ni,tetibe die menangis.Salah aku ke :P

Lepastu pergi Taman Tamadun kot.Alaa..yang ade replika masjid die seluruh negara tu ;) Batak gila o dekat sini.Disebabkan excited gila nak amik semua gambar masjid,terus sesat bersama Yuni n Mai.Taik kambing tol.Dah a panas gile.Air tak bawak.Merangkak rangkak sebab dahaga nak mati(tipu :P) Kan Taman Tamadun tu siyes besar.Ko bayangkan nak carik cikgu dekat mana?Siap sms Farah tanya dekat mana :P

Sebenarnye aku tak berapa pasti jadual die.Ye la..Dah lama kan lawatan ni.So layaann jee :P

Pemandangan die ya ampunnn..Kagum seketika :P
Tengok muka Mai.Kefenatan gile.Disebabkan kitorang sesat bertiga,makanye diorang je la jadi model aku.*model paksaan :P

Masjid ni lawa.I likee :D

Ok aku skip skip je la gambar masjid.Kang post ni panjang gila gila plak

First time pergi Masjid Krystal.Dulu dulu aku ingat masjid ni betul betul buat dari krystal.Rupenye kaca je*ye ke :P
Setelah sesat selama berjam-jam(tipu)Akhirnye kami jumpe cikgu.Masuk kafe tros beli air cincau dalam tin tu.Nikmat gilaaa... xD

Apakah ini?Takde keje btol :P

Lepas dah berpeluh-peluh macam baju tu dah boleh perah tapi tersilap perah masuk mulut kawan then kawan tu muntah muntah lepastu die perah balik dalam mulut kite sebab nak balas dendam then kite pulak muntah akhirnye muntah sama sama*hoh?-,-' Ape ape pon,kitorang dah check in pukul 2.Bilik die best la.Tapi first first masuk tu try bukak aircond tapi tak boleh.Ingatkan rosak ke ape.Tapi kipas takde.Lampu pon tak boleh bukak.Gelabah kejap.Rupe rupenye kena cucuk kad dekat tepi pintu tu.Taik kambing tol :P

Minah korea yang poyo :P

Ok skip Pasar Payang.Malas nak cerita :P Oh yeah,kat Pasar Payang,ade sorang mamat tu kacau kitorang o.Baling baling batu.Pun**k tol.Kang jangan sampai aku pergi maki hamun mencarut dekat manusia hampeh tu dalam dialek kelantan campur bahasa korea/jepun naya ko :P Ni pesen manusia hampeh bengap yang suka buat orang maki hamun die nii

Lepas pergi pasar payang,cikgu bagi kitorang mandi swimming pool.Aku and Mai tak mandi.Sadis tol :P Kejelesan dengan Yuni n Kinah :) <== kenapa taruk smiley? 

Mama Yuni.Ciss..Mandi pool pon bersama sama.Kejelesan :P

Guru guru yang berjasa <== ayat skema yang buat orang nak korek hidung

Then,malam malam tu sepatutnye kitorang keluar jalan jalan sekitar bandar.Tapi disebabkan T.Khong takde,kitorang lepak dalam bilik je.Oh lupe nak bagitau,aku sebilik dengan Mai n Najihah.Semua geng kitorang pergi bilik Fatty untuk lepak. ;D

Sampai hati tak pandang kamera aku -,-'

Rakan baik ku ini bawa laptop sekali dengan broadband~~Wuhuu..Kitorang tengok macam macam dekat youtube xD I laf u laaa

Oh yea,aircond bilik aku sejuk meehhh..I like xD Esok pagi kitorang pergi Noor Arfa Batik.Tapi tak beli pape sebab mahal gile. :P

First time tengok proses menenun.Nampak susah ya amaatt :P

Ni..mengecap ke mengecop.Aishh..BM fail btol la anis ni :P

Ade ke patut,ikan tu datang kalau Aiman taruk tangan dalam air tapi lari bile aku taruk tangan dalam air.Ikan pilih kasih.I hate you ikan TT^TT

Ceeehh..Nuryn dengan Harith :P

Dalam perjalanan balik tu,aku asyik terlepas nak amik gambar tempat yang cantik.Mase tu nampak kapal nelayan banyak banyak kat sungai,ofkos la nak amik gambar kan?Baru bukak suis kamera,ade pokok menghalang pandangan pulak.Sadis TT^TT

Teka ni dekat mana? ;) Walaupun gambar gile babun blur,takkan lah tak tahu kan?Dalam KT ade nii :P Lagi lagi rakyat Terengganu :D

Oh keropok lekor Terengganu besstt sangat!Yang rebus lagi best!Lembut gile nak mamposs xD Aku bukan tak pernah pergi Terengganu.Banyak kali dah.Cume setiap kali pergi tu,tak pernah pon berhenti makan keropok.So kene la batak sikit kan? :P

Okeh..last but not least
Kami warga SKBRP :D
Sampai sekolah lebih kurang pukul 10 malam.Penat duuhh..Tapi malam malam tu still bersemangat nak pergi sekolah.Ko ade nak pergi?Hahaha :P Tapi esok paginya,tetap tak dengar alarm*saje buat buat tak dengar sebenarnye :P Alaa..Sedihnye..Kalau tak aku dah boleh dapat Anugerah Kehadiran Penuh tau waktu Hari Kecermelangan nanti.Siyes,tak penah ponteng dari awal tahun saampaai la hari tu :P Lepas UPSR pon saya rajin datang sebab projek banyak gile -,-'

Okeh..Nanti bersambung dengan cerita lawatan basi seterusnya di post yang lain ek :P Babai!

Sanggup tak makan tengahari tau semata-mata nak siapkan post ni.3 hari diperlukan untuk untuk siapkan post yang tak berapa menarik ni :P

*UPDATE*

Award dari Tyra!

Dunia Tyra

Siyes Tyra ni memang rajin buat award.Aku malas... :P Hehehe..Thanks banyak banyak tyra! :D