Saturday, November 6, 2010

I'm An E.L.F and You Know That

Hahaha..Jangan marah.Ever Lasting Friend yang hebat mesti lah raikannye kan? :P Apakah?Raikan ape?*suprise taik kucing kau :P Hari ni bersamaan 6th November 2010 adelah 5th Anniversary Super Junior ;D A very meaningful day for worldwide ELF <3

Siyes,payah betol skarang ni nak jumpa gambar yang 13+2 orang.Paling ramai pon 12.Kibum selalu tak de.Ciss -,-'

 

Super Junior mengajar aku erti sebenar persahabatan.Sentiasa menghulurkan bahu mereka kepada ahli yang memerlukan.Sentiasa menunjukkan yang mereka ambil berat antara satu sama lain.Sentiasa mengalirkan kasih sayang dengan pelukan yang erat antara satu sama lain.


Super Junior mengajar aku erti sebenar kehidupan.Akan jatuh beribu kali namun harus bangkit semula.Semangat mereka sentiasa membara walaupun menerima pelbagai cacian dan tohmahan. Sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran.Sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tanpa melarikan diri daripadanya.

Super Junior mengajar aku untuk percayakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.Jangan percaya sesuatu hangat hangat taik ayam je.Sesetengah orang mengatakan diorang percaya,tapi backstab.Itu orang bodoh.Tak ada otak.


Super Junior mengajar aku untuk menjadi seorang insan yang bertanggungjawab.Mempertahankan insan yang lemah.Menyayangi kanak-kanak.Melindungi mereka dengan penuh kasih sayang.Menjadikan aku lebih matang dalam menjalankan tanggungjawab sendiri.


Super Junior mengajar aku untuk sentiasa mejadi seorang yang happy-go-lucky.Serius apabila perlu.Sentiasa senyum walaupun menghadapi masalah.Sentiasa membuatkan orang senang berada di sisi mereka.Meluangkan zaman remaja mereka dengan penuh kegembiraan sebelum memikul tanggungjawab yang besar.


Super Junior mengajar aku untuk berfikiran lebih kreatif dalam melakukan sesuatu perkara.Melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain.Tidak berasa malu untuk mengeluarkan idea atau cadangan yang unik.Berfikir di luar kotak minda kita.


That's the reason why i choose to become an Ever Lasting Friends not an Ever Lasting Fan ;) Super Junior Daebak!Forever and E.L.F!

Ok sepatutnya post ni publish semalam.Tapi semalam saye busy la. :P Jadi publish harini pulak.Kira aci la tu kan? :D

0 onigiri: