Friday, December 23, 2011

Pengembaraan 4 Hari di Sabah

Whoah tajuk macam ada feel feel nak kasi pelempang tak? Hehehe.

Okeh sebelum tu, macam biasa, ehem, last post adalah Ogos. -kirakira- 4 bulan. Ehehehe. Busy. Ok tipu, malas.

Hey, can we just stop this awkward topic. Yeah, yeah bebeh, I'm speaking. Kamon babi babeh dans wih mi.

Ok sori. --'

Okeh nak dijadikan cerita, haritu, bersamaan tanggal xx/xx/xxxx *nyanyuk aku dengan family telah pergi melencong melancong ke Sabaaah. Hahaha first time kot. Sabah dah jejak, lepas ni tinggal Sarawak je, dan complete lah perjalanan ku keseluruh Malaysia. Wakaka yang tumpang tumpang lalu tu pon kira oo. Okeh destinasi kitorang kali ni ialah Pulau Mabul.

Time kasih Encik Gugel. :P

Pulau ni kecik je. Kalau jalan kaki keliling pulau, tak sampai sejam pon. Ada la dalam 30-50 minit gitu. Tapi walau kecik, sangaaat cantik. Laut nampak sampai ke dasaar. Air warna terkois. Cantiiik woo. Korang ado? Wakakaka.

Kitorang bertolak awak pagi. Masuk kereta nak pergi airport pukul 5:30 pagi gitu. Hebat idok. Aku sah sah lah telah secara kejamnya diseret masuk kedalam bilik air. Hehehe. Flight pukul 8:30 pagi tak silap. Sampai KLIA dalam pukul 7 gitu. Kelam kabut check in bag bagai. Tapi gelabah macam mana pon makan tetap makan okeh. Makan McD ngupngapngupngap Abang aku n aku sempat habis. Adik adik aku makan lembab so makan sambil jalan Muahaha.

Oh alang alang tengah buat entri ni, tahniah Adin sebab dapat 8A. Lalala.

Ok so apa lagi, terbanglah kita ke Sabah. Aku ingat pergi Sabah lagi kejap dari Bandung. Rupa rupanya lagi lama. Bila tanya ayah aku, kena bebel la apa lagi. Actually abang aku yang membebel. "Blablabla geo ko dapat berapa ah? Blablabla aku lagi terer blablabla"

Ok no hal lama lama, aku lagi suka sebenarnya. Aku tak tau kenapa tapi aku suka sangat duduk dalam kapal terbang. Sebab jarang naik kan. So 3 jam tu rasa macam kejap je. Dah la abang pramugara tu hensem. Whoaah siyes ok. Rambut pacak pacak, badan tegap, dan paling best, tak Auuu. Aku puas kenyitkenyit mata dia tak nampak pulak. Muahaha.

3 jam kemudian *eceh kitorang sampai la di Sabah. Turun kapal terbang dengan muka yang amat poyo. Siap dengan efek ditiup angin wush wuuushh dan coklat curi dari kapal terbang dalam genggaman. Muahaha.

Sori gambar tak cun. Kamera berwap koot. Aircond impot dari Antartika. :P

Kitorang tak terus pergi ke Pulau Mabul. Duduk satu malam dekat Semporna, tanah besar. Dalam kereta nak pergi tempat kitorang duduk tu, *suprise suprise berhenti kejap nak beli buah apakenama terap. Gitu kot eja dia. Rupa dia macam buah sukun sikit. Tengok dekat luar tingkap kan, orang Sabah ni, walaupun rumah batu, tetap bertiang. Selalu banjir ke? :O Ataupun masih kekalkan senibina traditional?

Ini la buah teraap.

Ouww yang aku dah jadi macam buku teks sekolah ni apahal. --' Sorry kawan kawan. Muahaha.

Okeh tempat kitorang duduk tu kaan......







Atas air yaaawww. Senang lah kita nak terjun bersama-sama berpegangan tangan nantii.

Aww muka I tade.

Nama tempat ni Dragon Inn. Dah la atas air. Cantik. Santai gilaa. Murah pulak tuu. Aku idok la reti sebut sebut harga ni tapi siyes, saaangat berbaloi. Dalam RM100-300 kot. Gitu la. Kalau salah kang jangan marah aku. Hahaha. Kat sini air dia nampak dasar jugak. Ummi kata sebab tade pasir, just terumbu karang. Pastu kat situ ada bela ikan ikan ketam keta udang udang awek awek macam macam laa. 

Means no terjun terjun. Demit. --'

Eh serupa.

Dia tulis situ jangan sentuh. Ikan betul ke? Kalau korang pergi nanti, cuba cuba la korek mulut dia. Kot kot jumpa tangan manusia ke dalam tu.

Sangatlah macam stail mokcik mokcik. Muka aku langsung tak photogenic. --' Ikan tadi lagi comel. *eceh Pujuk la I. Hehehe. 

Tapi siyes la, dengan bercekak pinggang, dengan spek mata, dengan baju labuh, dengan bawak bekpek. No shit, sherlock. --' Oh yeah dengan bontot besar lagi.

Bilik dia cantiiik. Dinding buat dari nipah? Nibung? Hah ni la budak bandar. Sat agi spender dengan bra pon tak tau beza. Hahahaa.

Jamban dia ada tempat menskodeng menunggu oo. Senang lah nak sangkut *ehem* spender korang kat situ. Wakakaa. Memang perfect untuk buaya buaya darat. 

Tapi hati hati oo. Kan ada lubang lubang kat tepi tu. Karang terjatuh baju kecik korang lalu diamakan oleh penyu yang menyebabkan beliau tercekik dan mati lalu tak boleh kawin dan beranak lalu menyebabkan kepupusan keluarga beliau caner? 

Boss besar tengah lepaking.

Ini membuktikan bahawa species penyu pon reti menggunakan kamera.

Kena poyo jugak. Macam mana boleh tersesat awek cun diantara dua penyu ni? *kejam gila

Korang tengok, kan Pirates of Caribbean yang baru baru ni. Kan duyung tu comel cun je then tetiba jadi muka menatang apa ntah kan? Motip?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Duyung yang ni bertukar jadi ikan buntal. ehcomeljugakwakakaka


Baba dan Kunci Bilik. Wakakaka.

Tingkap misteri. Hahahaa. Siyes kitorang macam, warghmakhlukjenisapayangciptatingkapcikainii. Rupanya selak ke tepi je. :P 

Ok then petang tu kitorang jalan jalan tengok ikan. Hahaha bunyi macam orang kesunyian je. xD

Jangan tanya apa aku tengah buat tu.

Boss besar menghayati pemandangan.

Macam kat taman sains sekolah je. Hehehehe.

Korang nampak tak ikan tu. Wak luu besar gila. Buatnya celup celup kaki terus tade kaki kaang.

Ok malas nak cerita kat sini sebab macam takda benda menarik sangat. Ok lepastu apa lagi balik bilik la. Petang tu ummi ngan baba keluar kejap bershoping atenye. Aku terlupa dekat situ maghrib masuk awal gila gila. Dok syok golek golek jatuh katil atas katil sangat. Mujur boleh jamak. Hahahaa. Air pasang pon cepat. 5:30 gitu air dah naik. Then malam tu apa lagi, pekena sifud la. Takkan datang jauh jauh makan mekdi je kot. Baik terjun bangunan la kalau gitu.

 Any last wishes, Mr.Crab? Sebelum digoreng dikukus DIPATAHRENYUKKAN? Good. Wakakaka.

 We meet again Encik Ketam. *sori gambar tercrop

Ketam diaaa giler kentang banyak gila isi. Pastu saaangat manis. Segar dari laut, mampos dalam kuali tau. Hahahaha. Isi dia banyak macam crab stik tu haa. Cuma tau tau la kan. Nak makan benda sedap kena la pengorbanan. Mintak maap la kalau gigi terpelanting se dua.

Ni pulaak ikan apa ek. Tak ingat. Sedap jugaak. :D

Dok jenguk jenguk dekat ruang skodeng menunggu jamban, ternampak air keluar dari lantai bilik orang lain. Rupa rupanya air yang kita pakai semua jatuh dalam laut. Termasuk air sink. Eh tak termasuk la air jamban lek lu. --'
Lepas makan apa lagi, buat pulau sendiri la. Esoknya bangun awal. Nak berangkat ke Mabul babeh.

Naik bot witwiit.


Caya tak Oya dengan Ika tido dalam bot? Dia kata macam duduk dalam buaian. Hehehe.

Pulau ni cantik, kan? Tapi takda orang duduk situ. Padahal pulau kat sebelah tu kecciik je ada orang duduk. Pemandu bot tu kata, tahun 2008 kot, dia bawak bot, ternampak ular berenang pergi pulau tu. Pastu dia kata kat pulau tu baaanyak benda berbisa macam kala jenking gitu gitu. Whoaaah. --' Entah entah berpenunggu. :P

Ini hotel atas lautt. Bekas tempat gali minyak nii. Kot yer bosan bosan boleh lah korang lakukan terjunan maut dengan serta merta ye.

Daan sampailah rombongan meminang kami. Oh yeah babeh I'm gonna rock this bitch beach.

Tengok ha. Nampak sampai ke dasar laut. Ni tengah hujan ni. Cer tengok time matahari tengah tinggi, ccuungg.

Kitorang duduk dekat Borneo Divers Resort. Waktu jalan dekat jeti tu, biasalahkan, tangan suka pegang tepi tepi tu, lalalalala sup! Masuk selumbar demit. Hahahaha. Baru sampai, mood dah hancur. Revenge, selumbar, revenge. --'

Aku ni pergi mana mana pon nampak macam mokcik je. Wei pada pada la. Takkan nak snorkelling pon pakai shawl gaun bagai. Boleh jugak kalau nak join kelompok obor obor dalam air tu. xD

Sapa tau ni buah apa? Hehehe comel je. xD

Bunga raya dua kaler. Siyes ni tak edit. Unikkan? Selalunya kalau kahwinkan pokok, bunga warna lain lain. Ni bercampur. Tapi malangnya waktu kitorang nak balik, bunga ni dah gugur daah. :P 

Sebelum tu, nak bagitau, eh dah cerita separuh jalan baru nak bagitau hahaha. Gambar gambar dalam entri ni yang besar besar tu, sebelah kanan dia tercrop sikit. Sebab aku buat size gambar tu x-large. So dia tak muat sikit. Gasaak. xD

Siap ada taklimat lagi. And a welcome drink. Hehehe. Aku mintak mak aku isikan borang. Hahaha comel lagi I ni. xD

Pulau Mabul ni sebelah Pulau Sipadan tau. Pernah dengar Pulau Sipadan? Aku baru tau pasal pulau tu waktu pergi Sabah ni la. :P Mak aku kata, Pulau Sipadan ni cantik sangat sampai dulu dulu orang bergaduh lanun menyerang bagai. :P So sekarang ni, dekat Pulau Sipadan tu tade resort atau orang yang duduk, just pakcik guird bersenapang bermuka singa. Hehehe. 

Okay motip bagitau sebenarnya sebab nak cakap Pulau Sipadan tu satu hari boleh 100 orang je masuk. Susah gila nak dapat permit atenye. Hahaha susah la sangat.

Lepas taklimat tu, dia terus bagitau 4 orang daripada family aku dapat pergi ke Sipadan. xD

Empat je. Kitorang berenam. So walaupun macam sayaaang sangat lepaskan peluang, ye la takkan nak tinggal budak berdua tu hah. Pergilah kami ke Kapalaai. :P Alah pergi pon boleh buat apa je. Sipadan tu terkenal dalam kalangan penerjun divers jee. Setakat snorkelling apa jadahnya laa. 

Ok so masuk bilik, makan makan. Eh tempat makan dia cung ah. Santai sangat. xD

Strategi mencuri roti. Siot sorok dalam tisu. Mujur aku pakai baju ada poket besaar punya. xD Tolonglah ignore muka aku. Kalau boleh taknak masukkan tapi nak tunjuk roti. Wakaka. Eh bendalah tu sedap ok. :P

Daaan snorkelling! :D First time ni. Hehehe. Tapi waktu tu sebenarnya mood adalah sangat malas. Tade semangat langsung. Hahahaa.

Baba rabun teruk, so tak boleh snorkeling. Huhu kesiannya. TT^TT

Lopek ah kitorang pakai life jacket. Hehehe. Kalau korang nak buat persembahan Cara Untuk Tenggelam Dengan Bergaya, tak payah la pakai. Hehehehee.

Tak payah snorkeling nampak dah. 

Species penyu apakah ini?

Naik atass. Duduk dalam air lebih kurang 45 minit gitu kot. I jaga badan nanti kembang yaww. Wakakaa. Aku kena sengat obor obor. Dem you. Ingatlah, satu hari nanti kau bakal aku goreng hidup hidup. --'

Ok dah habis la nii. Kalau sambung nanti kang panjang sangat post ni. :P Lagipun apala motip korang menghabiskan masa baca pasal percutian orang lain. *merajukmerajuk hehehehe. Ok apa apa pon, nanti aku sambung la. Hahaha macam la orang baca. xD Hey ni blog I sukati I la uols ni. xD

Okeh babaaai.

SEKIAN ;D

Sekolah dah nak bukak ohh. --'

2 onigiri:

Unknown said...

Cantik kan bumi Sabah. Saya anak jati Sabah. Bangga makan buah terap. Tak jumpa kat KL ni.

Unknown said...

pas ne turun kk plak...