Tuesday, August 16, 2011

Lipat Lengan Baju!

Ehem. Ok tau. Berbulan tak update. Sukati la hahaha *balingtomato

Seperti biasaa. Busy okeh. *malas sebenarnya Tapi kalau tengok betul betul, kan. Tiap-tiap post aku permulaan dia mesti sorry-lama-tak-update-busy-okeh punya. Setiap post selang 12 juta tahun tu. Wakaka.

Sebenarnya haritu ada la juga nak buat post pasal bulan Ramadhan ni *erk..Selamat berpuasa? Tapi komputer ni kan dikuasaidikonkerdirampas digunakan oleh abang 'tersayang' tu. Patut la rabun, tengok komputer kemain 24/7 terbeliak macam tengok lembu pakai skirt. *tak sedar diri oh ini pompuan

Apa-apa pun, misi harini, mengemas bilik! Wakaka. Hoi I kemas la bantal bantal tu semua. Tapi tu belum intai celah celah lemari kot kot bangkai cicak kobeng pon ada. -,-' Siyes oo. Hari tu ada bangkai cicak dah kering woo. Hahaha. Ehem. Betul ni.


Buku-buku yang tak berkemas. Abang aku la, amik lepas tu buat harta pulaak. Tu ada buku komik Aina yang dah pinjam 2 bulan *okeh sebenarnya 3 bulan tak pulang pulang. Tiap kali jalan balik kaki dengan Aina mesti
"Buku komik aku mana!"
"Petang ni aku hantar!"
"Petang ni aku tido" <-- dialog sendiri soriainahahaha

Esok nya,

"Tak guna kau Anis, kata nak hantar petang semalam"
"Kata tido"
"Mana ada"
"InsyaAllah petang ni aku bagi"

Dan berulang lah manakomikakuohsoriesokakubagi. Kelaaas ko Anis. xD


Hahaa. Banyak buku Detective Conan je. Ini pon yang sikit sikit je ni. Kalau kira sekali dengan yang berpuluh-puluh yang dah hilang tu tak muat dah rak aku ni *hattuiii Oh nampak tak gambar buluh kat tepi rak tu. Tu sebenarnya gambar panda yang aku lukis. Tempek atas rak tu tapi seletep dah tak jalankan tugas lalu dibiarkan disitu iaitu dibelakang rak lalu ternampaklah kemalasan Anis untuk menseletep semula gambar tu walaupon seletep ada depan mata tapi gunting baru beli kat IKEA haritu entah kemana. Fuh fuh ayat satu napas. Hahaha.


Hoh nampak tak macam sarang apa ntah laci ni. Okeh dalam gambar nampak ok sikit. Tapi tengok lah dengan bijik mata sendiri ya ampun terus tak mengaku kawan. Barang tu tak banyak tapi boleh pulak nak tutup laci tu tersekat oo. Kena tekan tekan mendalah dalam tu baru la boleh dengan jayanya tutup laci tersebut. Tak tersekat macam mananya semua benda campak dalam tu je. Kalau ada tetamu mulalah "Kurang ajar sapa yang sepahkan laci ni weehh. Memang dasar unta baghdad. Nak jugak kena tendangan terbang aku ni kang. Siallaaa hattuiii" Ehem. Kaverlain. Hoho.


Laci Korea saya. Hehehe. Ni memang tak boleh dibantu lah sebab banyak sangat barang Korea sampai tade tempat nak simpan *penampar nak? Ini pon tersekat jugak ni. Habis dan macam kongsi gelap dah muka I bila tengah beraksi sepaktendangbaammtepatpadasasaranohyeah.

Oh yeaah cakap pasal Korea, aku dah order Super Junior Mr.Simple oh yeah babeh. Bukan apa. First time beli benda online ni. Beli album pon dah macam tengah beli senjata haram ke hapee.


Meja solek pon dah macam meja bedah tikus. Berterabur rimas mata aku. Ehe.. Nampak tak apekenama figura figura(ye ke) Detective Conan tu. Hahaha Beratus-ratus ringgit tuu dibeli dari Jepun terbaik punya *pasar Shah Alam, RM15 satu


Atas : Gula gula getah yang terlekat di dinding bilikku dan hampir berusia 5 tahun. *silakan. Ewwww
Bawah : Masterpiece ku dan adik adikku yang terletak di bawah meja.

See. Mana ada kotor sangat. *dush dush dush! Okeh aku plan nak kemas laci je. Hahaha yang lain tu biarkan je la. Gula gula getah tu bukannya boleh tanggal pon. Memori tu. Muahaha. Cisjatuhhantarankawinaku

Nampak sangat la menipu kan kalau aku kata aku tak teringin langsung nak ada bilik besar besar cantik cantik macam bilik anak artis Korea *eh tetiba kan. Tapi bersyukurlah dengan apa yang ada. Daripada ko tidur merempat bersama-sama Cik Ti dan Cik Babi *oops terlebih sudah kaan? Bersyukurlah wahai manusia. Muahaha.

Oh yeaa, dekat sekolah, aku kan pakai kelas dekat dewan. Kebelakangan ni dewan banyak guna so 1RK1 adalah bertukar jadi kaum Nomad. Dem you RK2 hahaha. Takpelah. Asalkan kurus wa kesah apaa. *larikkss Siyes oo bawak beg pergi merata tempat. Makmal, bilik seni, kelas kosong, dan sekian sekian sekian.

Ok apa apa pon aku akhiri post merapu ini dengan gambar kawan kawan aku


Asyik bertenggeh kat situ je. Gilerkeaniskawandenganburung Pergi mana mana pon nampak Angry Bird. Hahahaha rasa macam alamak kat sini Angry Bird tadi baru je nampak Cik Babi alamak sana pon ada alamak situ sini sana ada Aaahhh. Punca sakit mental hahaha ok merapu sudah.

SEKIAN ;D

Because You Naughty, Naughty Hey! Mr. Simple
Because You Naughty, Naughty syuju ganda!
Menari dalam bilik lalu dimarahi kerana mematahkan katil. -,-'
Katil tukar baru. :P

p/s : Rasanya dah sampai masa nak tukar layout baru la. :P

2 onigiri:

AnisOnis said...

hahaha..nk dekat raya ni kan..mulalaa nak kemas bilik..nasib baik ada hari raya..kalau tak bilik saya dah jadi sarang tikus..hehe =,=" lastly..selamat hari raya!!

Anis Farzana said...

Lepastu biar semula bersepah sepah. Hahaha. Ok Happy Raya! xD