Friday, December 31, 2010

2010 di Dalam Satu Post :D

Okeh tinggal berapa jam je lagi kan sebelum Tahun Baru ;) Ahh kalau korang tengok tarikh dekat blog aku tulis 30 Dec lagi,abaikan.Sebab die memang sengal sikit xP


2010 banyak mengajar aku tak kira dari segi pelajaran,kematangan dan ape ape je la :P Antara benda yang aku pelajari dan memori 2010*yang aku ingat hehehe

Tahu macam mana nak belajar
Ini ofkos la kan.Kate UPSR :P Harus la cikgu bagi latihan banyak banyak.Tiap tiap bulan cikgu order buku latihan baru dan dalam masa lebih kurang sebulan setengah kitorang akan habis satu buku :D Hari hari latihan tapi aku tak rasa macam itu satu bebanan pon.Aku rasa macam seronok.Sebelum sebelum aku kesah hape belajar ke tak.Tapi sejak masuk darjah 6,aku mula jadi rajin*ecewah dan rasa yang belajar ni agak menyeronokkan.Tapi terus terang aku kata,aku tak pernah belajar lebih 45 minit dekat rumah.Lain la kalau study group tu.Tapi korang jangan tiru aku.Aku 'lain' sikit :P

Dapat ramai kawan
Masuk je tahun 2010,aku rasa macam dunia aku berkembang lebih luas.Macam aku takde lah nak lepak dan borak borak dengan geng je.Aku lepak dan borak dengan semua orang*tipu :P Selama ni,kalau cikgu suruh buat projek ke aktiviti berkumpulan mesti nak dengan geng sendiri.Kalau tak teros macam "Ahh malas aa" Tapi tahun 2010 mengajar aku untuk luaskan dunia aku.Kawan biar beribu :D

Jadi lebih pandai*ko apahall :P
Ewah tajuk nak menang je oo xP Takde laa..Waktu tahun tahun lepas pencapaian tertinggi aku 3A 2B je.Tu pon dah pergi kepoh dekat kawan kawan cakap dapat 3A xD Tapi tahun ni meningkat :D Kalau dulu dulu mathematics aku la yang paling down.Skang aku la yang paling UP.Muahaha tumbuk anis sepak anis xD Karangan aku pon dah makin ok.Semua pon dah meningkat tapi takdelah PERFECT ;D

First time pergi kem
Tak percaya?Silalah percaya bahawa Wan Anis Farzana Wan Abd Malek tak pernah seumur hidup die pergi kem sampai la 2010 :D Walaupon dekat kem tu aku takde geng sebab pergi tarikh lain,aku kawan jee dengan budak budak lain walaupon tak berapa kamceng*rujuk kebaikan yang aku tulis kat atas Tapi kelakar siot sebab kem tu buat dekat resort ayah aku sendiri yang dah beratus kali aku pergi xD Tapi tak pe la.Asal dapat rase macam kawan kawan lain dah bersyukur gilaa :D

Pergi Bukit Tinggi @ Bukit Impian*nama reka sendiri muahaha
Gilo nak UPSR pon jalan tak hingat dunia.Ehh sape kata bila ade periksa besar tak boleh jalan jalan dan kene terperap je dalam rumah?Mane bolehh..Kene lepas stress*alasan Aku bagi nama Bukit Impian sebab rasa macam impian tercapai nak pergi luar negara walaupon bukan :P Alah at least macam perasan perasan la sikit kan..Paling best dapat tengok rumah tradisional jepon.Tapi tak berpeluang nak pakai kimono sebab sewa mahall :P


First time wakil catur
Actually bukan first time.Waktu darjah 4 dulu dah pernah dah.Tapi waktu tu aku cume simpanan.Tak main pon.Duduk luar dewan makan kuaci :P Tapi tahun 2010 aku mewakili sekolah bukan sebagai simpanan tetapi sebagai pemain :D Walaupon tak menang at least aku cuba,kan?Tapi aku tak nafikan yang kecewa gila bila tak menang xP

Mula minat Kpop*eh ni kira ke?Acii la jugak :D
Tahun ni la tahun first aku minat Super Junior.Walaupon tak lama tapi aku dapat banyak la jugak information tentang suju :D Siap print gambar bawak pergi sekolah sebab nak tunjuk dekat kawan kawan.Ade ke patut dorang kate cam pompuan -,-' Hah yuni ngan mai,korang kata cam fomfuan lek lek korang pon jatuh hati dan pilih nak jadi ELF kannn xD Super Junior pon dah mengajar aku banyak bende ;)


Pergi lawatan dengan kawan kawan
Sebelum ni pernah jugak pergi lawatan tapi macam tak rasa nikmat :P Tapi pergi waktu tahun 6 lepas periksa ni rasa macam gile aa :D Tambah tambah geng aku semua join ;)


Dapat 5A
Ini kenangan 2010 paling hepii xD Usaha aku 9 bulan berhempas pulas belajar buat latihan ape sume tu sampai lunyai buku buku tersebut akhirnya berbaloi jugak :D Masih ade PMR dan SPM dan mungkin juga STPM.InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik :D Mana tahu satu hari nanti jadi pelajar cemerlang Malaysia.Ecewah :P


Belajar erti perpisahan
Ceh tajuk tak boleh blah :P Berpisah dengan cikgu,kawan kawan*yang tak same sekolah SMK dan especially Maisarah yang sekarang ade dekat Johor.Nuryn pon akan pergi Sri Putri.Belajar rajin rajin eaa

Dan baaanyaaakk lagi Memori memori dan kebaikan 2010.Malas nak tulis je.Hehehe..

Aku rase kan,sempena Tahun Baru ni aku nak tukar layout la.Boring oo layout macam ni jee.Tengok la kalau ade masa aku edit la sikit sikit.Nanti kan aku sekolah petang.So masa nak online tak banyak sangat.Ni malas nii :P Ok la.Choww :D Assalamualaikum ;)

2010 Daebak!Semoga 2011 memberikan aku memori yang lebih berharga :D

0 onigiri: